icon-search
icon-search

Selamat Hari Raya Aidilfitri Daripada EMBuzz.

Picsart_22-05-03_03-05-00-926.jpg

Kami dari seluruh warga kerja EMBuzz berbesar hati ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, salam lebaran di Aidilfitri kepada anda semua yang berada di luar sana.

Semoga Aidilfitri kali ini membawa sinar kebahagian kepada kita semua dan menjadi sambutan meraikan kemenangan yg sebenar selepas kita melalui pelbagai episod yang memilukan sepanjang satu dua tahun kebelakangan ini.

Picsart_22-05-04_08-24-22-565.jpg

Di samping itu, secara peribadi juga, saya sebagai pemilik EMBuzz ini, bagi pihak ahli keluarga saya dan seluruh warga kerja di EMBuzz ingin mengambil kesempatan menyusun 10 jari, dengan rendah diri memohon kemaafan kepada anda semua seandainya ada kesilapan atau kekurangan dari pihak kami.

Marilah kita jadikan Aidilfitri kali ini sebagai pembuka pintu gerbang kepada sebuah kehidupan yang baru dengan penuh rasa tawadduq dan mensyukuri nikmat Allah. Jadikanlah perkara lalu sebagai ikhtibar dan pedoman kepada kita dalam kita nak mengharungi cabaran akan datang.

Salam Aidilfitri sekali lagi dari kami, dan maaf zahir batin...



Older post

Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.