
Kami tawarkan perkhidmatan menyediakan set-set barangan runcit, atau set Bakul Makanan untuk melengkapkan niat baik keprihatinan anda. Terdapat 6 pilihan yang mengandungi pelbagai variasi item-item barangan runcit yang sering menjadi pilihan pembeli dan merupakan antara keperluan makanan paling asas yang mesti ada di setiap rumah.
• Pakej ini kami sediakan untuk anda yang ingin membuat tempahan bakul makanan MELEBIHI 30 kotak sahaja.
• Tempahan ini hanya melibatkan penghantaran ke 1 lokasi sahaja, iaitu akan menggunakan kenderaan pengangkutan yang sama samada kereta, van ataupun lori.
• Tempahan perlu dimuktamadkan dan disahkan selewat-lewatnya 5 hari sebelum tarikh ia perlu dihantar kepada anda, ataupun lebih.
• Tempahan yang dimuktamadkan dan disahkan bermaksud anda telah memahami dan bersetuju secara asasnya maklumat-maklumat yang terkandung dalam tempahan anda, dan ia dianggap sebagai sudah disahkan selepas pihak EMBuzz menerima pembayaran dari anda seperti yang telah dipersetujui.
• Untuk membantu anda memilih, pihak EMBuzz telahpun menyediakan 6 pilihan set bakul makanan yang mengandungi pelbagai item barangan runcit. Pilihan-pilihan ini terbahagi kepada 3 saiz set, iaitu :
1. Set Bakul Makanan BASIC - Anggaran bajet untuk 1 kotak adalah Rm30 - (KLIK SINI untuk melihat dengan terperinci item-item barangan runcit yang tersenarai serta jenama2 barangan yang kami biasa gunakan)
1a) Pakej Bakul Barangan Runcit S1
1b) Pakej Bakul Barangan Runcit S2
2. Set Bakul Makanan MEDIUM - Anggaran bajet untuk 1 kotak adalah Rm50 - (KLIK SINI untuk melihat dengan terperinci item-item barangan runcit yang tersenarai serta jenama2 barangan yang kami biasa gunakan)
2a) Pakej Bakul Barangan Runcit M1
2b) Pakej Bakul Barangan Runcit M2
3. Set Bakul Makanan BIG - Anggaran bajet untuk 1 kotak adalah Rm100 - (KLIK SINI untuk melihat dengan terperinci item-item barangan runcit yang tersenarai serta jenama2 barangan yang kami biasa gunakan)
3a) Pakej Bakul Barangan Runcit B1
3b) Pakej Bakul Barangan Runcit B2
• Namun begitu, kami juga sedia membantu menyediakan sebutharga kepada anda jika anda mempunyai senarai barangan runcit sendiri. Beberapa perkara yang perlu kami maklumkan di sini adalah, sebutharga yang akan kami sediakan adalah harga bagi keseluruhan set senarai yang anda kemukakan. Kami tidak menyediakan sebutharga bagi setiap item barangan yg tersenarai.
CARA MEMBUAT TEMPAHAN.
1. Tentukan pilihan pakej yang anda mahukan berdasarkan senarai yang kami nyatakan di atas mengikut keperluan dan bajet anda.
2. Jika memerlukan sebarang penjelasan yang lebih lanjut, kami mengalu-alukan pihak anda untuk segera menghubungi kami. Klik pada logo Whatsapp di bawah dan anda akan dibawa ke aplikasi Whatsapp dan disambungkan dengan pihak kami. Taipkan nama anda dan tekan SEND ke no. kami di 019-4797995. Pihak kami akan menghubungi anda semula sebaik sahaja mesej anda dibaca.
3. Atau, anda boleh terus membuat tempahan dengan cara mengisikan maklumat tempahan anda di dalam borang yang kami telah sediakan. Klik link di bawah untuk anda mula mengisi borang tempahan.
MENGESAHKAN TEMPAHAN DAN MEMBUAT PEMBAYARAN.
Anda sudah ada senarai barangan runcit yg anda mahukan???
Isi form yang kami sediakan melalui link yang kami berikan di bawah...
Kami akan berikan sebut harga atau anggaran harga (quotation) berdasarkan senarai yang anda berikan kpd kami melalui form tersebut...
Pakej Bakul Barangan Runcit Untuk Tempahan
Sorry, there is no product in this collection