icon-search
icon-search

EMBuzz menawarkan perkhidmatan penyediaan bakul makanan untuk memenuhi permintaan anda yang mewakili agensi atau jabatan kerajaan, syarikat-syarikat korporat atau swasta, organisasi NGO, pertubuhan atau persatuan, parti-parti politik ataupun atas kapasiti diri anda sendiri yang sedang merancang untuk mengadakan aktiviti atau program berbentuk kebajikan atau program2 khidmat masyarakat. Kami menyediakan beberapa pilihan set-set yang sudah tersenarai item-item barangan runcit yang bersesuaian dan sering menjadi pilihan pembeli, pada kadar harga yang munasabah. Namun, anda juga berpeluang untuk mendapatkan sebutharga dari kami jika anda mempunyai senarai barangan yang telah anda sediakan. Kami akan tawarkan harga secara keseluruhan pakej, bukan secara per item. Sila lengkapkan borang di bawah dan hantar kepada kami. Pihak kami akan menyediakan satu sebutharga berdasarkan maklumat yang anda berikan.

Your cart is currently empty.
Continue shopping